Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Fitrah Manusia.


Assalamualaikum.

Bismillah. Moga Allah permudahkan urusan kalian. Amin Ya Rabb.


Kita.
Manusia.
Lahir suci bersih.
Dosa  kosong.
Memang fitrah kita.
Selalu nak buat benda baik.
Tetapi environment kita yang dorong kita buat benda tak baik.


Kerana apa?
Kita selalu.
SANGAT.
Selalu.
Sibuk apa persepsi orang pada kita.
Sibuk apa orang akan cakap pasal kita kalau buat asal fitrah kita.
_Benda baik.


Seronok ke?
Seronok ke sengaja ikat diri kita atas persepsi orang lain atas diri kita?


Dulu ada seorang ustaz cakap,  lupa namanya siapa. Ayat dia lebih kurang macam inilah. “Orang bukan Islam melancong ke Malaysia dan dia  terkejut kerana masyarakat  Islam kita lebih suka memilih perkara yang buruk dari negara mereka. Padahal perkara yang buruk itu mereka tidak ambil. Kenapa umat Islam tidak ambil perkara yang baik sahaja?

Ah malunya kita. Bila non muslim kata demikian. 



Ingatlah.
Bila kita buat benda tak baik.
Hati kita.
Akan jatuh cinta untuk buat benda tak baik.
Sekali buat rasa ketagih gitu.


Ketahuilah.
Bila kita pulang ke Sana.
Balik jumpa Tuhan kita.
_Allah.
Kita kena tanggung persepsi yang kita pilih.

Kita.
Manusia.
Ada akal dan fikiran.
Kena bijak pilih jalan.
Yang mendapat keberkatanNya.


-Pencinta awan
18 Zulhijjah 1434.

Prolog dari Awan.




Bismillah.

Assalamualaikum.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Agak janggal menaip di sini setelah lama menyepi diri. Kerana sudah menulis di ruangan lain. Lebih selesa untuk menulis dari hati. InsyaAllah.


Kenapa mesti pencinta awan?


Kerana aku memang peminat tegar awan. Pernah ditanya;


"Kenapa lihat di atas sana."

 "Ada apa?"


 Pada mereka, ianya hanya kosong semata. Tapi bagi aku, ia ada rahsia di balik sana. Ewah. Pernah juga aku menerima satu kiriman. Ayatnya lebih kurang begini :



Awak pencinta awan? Tiada siapa yang boleh tolak kecantikan awan. Tapi awan itu boleh menjadi perkara yang mengerikan. Saat hadirnya hari kiamat. - Anon-


Dari situ, anon yang tidak ku kenal mengajar diri ini. Untuk lebih bersederhana dalam mencintai setiap perkara. Kerana apa? Setiap yang cantik itu hadirnya dari Allah. Setiap yang cantik itu jugalah pasti akan ditarik balik saat Allah menginginkannya.



Lihatlah. 
Lihatlah awan. 
Nikmat Tuhan pada kita. 
Selagi masih sempat.
Lihatlah dengan mata hati.
Hargailah.

Dan ingatlah.
Bukan awan sahaja.
Malah.
Sekeliling kita.
Hargailah.
Nikmat yang diberi.
Selagi, 
diberi kesempatan olehNya, 
Tuhan kita.
_Allah.


Di realiti, siapa kenal aku mungkin lebih kenali aku sebagai pendiam. Tetapi di sini aku lebih banyak bicara. Mungkin. Tak sekuat, tak sepandai yang lain-lain tapi aku percaya pada tulisan ia punya sesuatu yang tersendiri. Kerana aku pun sebenarnya suka pada tulisan. Dan pernah punya angan-angan untuk menulis di awan. Impossible bukan?



Tugas aku hanya menyampaikan. Mahu terima atau tidak itu terpulang pada kalian. Kalau ada entry aku yang lagha (sia-sia) mohon tegur aku.


Sesungguhnya yang baik itu hanyalah datang pada Allah. Dan saya pula, hanyalah wasilahnya yang banyak lakukan khilaf. Ada jodoh,  akan menaip lagi. InsyaAllah.


 Bismillah. 
Moga Allah berkati. 

-Pencinta Awan
07 Zulhijjah 1434.