Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Hari ini entri pasal makanan.

Assalamualaikum warahmatullah.

Haa gitu. Lack of idea about tha title. Sorry.

Ingin memakan pau kukus, putu piring dan rojak buah?

Jemput mai ke Jalan Tasik Selatan 21/146, di Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur. Berhdapan dengan taman permainan.

Waktu operasi perniagaan 3 petang- 6.30 petang.

Kami sedia menerima tempahan untuk pau kukus untuk majlis perkahwinan, birthday party, tahlil, aktiviti di pejabat dan sebagainya.

Harga boleh dirunding jika mengambil dalam bentuk kuantiti yang banyak.

Kami juga menyediakan frozen food bagi pau kukus dan sedia untuk menghantar secara atas talian(online). Berikut harga untuk pau kukus atas talian;





Ini tidak termasuk postage.  Minimum bagi penghantaran ini sebanyak 6 biji.  Jika berminat boleh hubungi 012-3543496 atau 03-92825504 atau facebook- untuk sebarang pertanyaan dan nombor akaun maybank.

Kepada sesiapa yang ingin menjual pau kepada rakan-rakan di pejabat pun boleh kerana sebelum ini kami pernah menghantar ke salah sebuah pejabat Felcra.
Kepada sesiapa yang berminat untuk diletakkan di kiosk atau kafe seperti di university pun boleh kerana kami juga pernah menghantar ke Universiti Putra Malaysia. Harga boleh dirunding.

Jangan risau. Jika anda berdekatan dengan area Kuala Lumpur di Bandar Tasik Selatan, pergi sahaja di sana kerana harga di sana lebih murah dari atas talian.

Bahkan di sana anda juga boleh merasai putu piring dan rojak buah kami.

Alhamdulillah. Din Pau Corner pernah memasuki rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 pada tahun 2012.

Alhamdulillah. Rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan kami.


Jemputlah singgah. Belum cuba belum tahu.


Din Pau Corner


Rojak Buah


Putu Piring


Inti Pau Ikan Bilis.

Boleh singgah ke page kami DinPauCorner.

Wallahualam. Wassalam. 

Maaf atas segala cacat cela. Hamba baru belasan tahun yang masih perlukan bimbingan.

23 Safar 1435
Cik Pencinta Awan

Saling berbagi rasa


Assalamualaikum.

Ukhuwah itu indah.
Bila mana atas dasar Ilahi.
Datangnya dihargai.
Perginya dinanti agar dapat berjumpa semula.

Aku tak berapa ingat.
Bagaimana situasi muslimah ini apabila dia beritahu pada kami.
Ceritanya sweet bagi aku.
Taktau lah kalau aku cerita balik dekat sini jadi tak sweet.
Erk.



Waktu ini kami adakan perbincangan untuk aktiviti usrah untuk esok. Dan pada masa itu sudah larut malam- sudah dekat pukul 12 tengah malam. Namun, kerja kami masih belum siap dan mereka belum menjamah nasi untuk malam itu.

Tiba-tiba..

Uswatun(bukan nama sebenar) rasa pening kepala dan lalu dia pengsan. Sahabat dia mengambil keputusan untuk hantar Ustawan ke klinik.

Mau tahu?

Semua sahabatnya yang ada di situ turut menghantarnya ke klinik. Tidak tinggal seorang pun yang tidak mengikut hantarnya ke klinik. Allahuakbar.  Berderet lah kereta menghantarnya ke klinik pada malam itu.

Malam larut- Klinik semua tutup. Namun mereka tidak berputus asa. Mereka ingin sahabat mereka sembuh. Dan akhirnya, mereka jumpa klinik Uswatun.

Bila terkenang balik, mereka tergelak. Lagi-lagi nama klinik sama seperti nama sahabat mereka. Alhamdulillah,  sahabat mereka sembuh. Syukur.




"Andai aku dikurniakan sahabat seperti mereka."
Namun.
Aku selalu ingatkan diri aku.
Nakkan yang terbaik.
Kena baikkan diri dulu.
Baru fair.

Aku teringat.
Waktu ni tengah dalam program ta'aruf.
 “Bila kita berukhuwah kita kena kenal semua pasal sahabat kita tu. Feveret dia apa. Cita-cita dia apa. Hobi dia apa. Senang cerita segalanya lah tentang dirinya.” – Sis Aisyah aka Teacher Aisyah

Allahuakbar.
Terasa kurangnya aku.
Saat Sis Aisyah kata begitu di sebelahku
Aku…
Bukan sahabat yang baik.
Allahuakbar.
Maafkan aku sahabat.
Aku khilaf.
Aku hipokrit.
Aku ego.
Aku inginkan sahabat yang bias memahami diriku.
Padahal aku tidak begitu.

Sahabat,
Aku mohon maaf.
Atas segala kekurangan sepanjang kita bersahabat.
Aku akui.
Aku bukanlah seorang yang senang mau ucap
“Aku ambil berat pasal dirimu.”
Aku bukanlah seorang yang senang untuk menunjukkan muka
Aku juga turut bersedih.
Bukan.
Aku bukan begitu kalau itu yang kau maukan.
Maafkan aku.

Maafkan aku juga.
Kalau.....

Aku terlupa untuk selitkan namamu di setiap doaku.

Kerana.
Manisnya ukhuwah dapat dirasai bukan kerana sering diungkapkan.
Tetapi kerana bisikan dalam dakapan du'anya.

Ukhuwah lebih kuat jika berada atas dasar ta'aruf, tafahum, ta'awun, takaful.
(mungkin akan dibincangkan nanti, isnya-Allah)

Untukmu perindu syurga.
Aku kangen sama hangatnya ukhuwah kita.
Moga selamanya kekal keranaNya.

----

Mahu selitkan Din Pau Corner. Ayah kakak ada jual kuih sikit. Tengoklah page tu. Tapi maaf masih kosong lagi. Masih baru lagi page tu.


Maaf atas segala kekasaran bahasa. Wallahualam. Moga berjumpa lagi. Insya-Allah.

-Cik Pencinta Awan
20 Safar 1435 


Kita tipu, kita rugi.



“Kenapa kau asingkan buah tu daripada buah potong tu? Kenapa tak bagi je dekat pelanggan tadi? “

“Rugilah. Lagipun buah sekarang sekilo mahal. Lainlah kalau aku tanam sendiri buah.”

“Tapi, bukankah cuma sedikit je? Cuma dua potong kecil je. Takkan tu pun nak mengira?”

“Ah, kau tak tau. Aku yang berniaga aku tau lah.”

"Beniaga ni paling senang nak buat sedekah." Cuma terucap dalam hatinya.


Kakak manis, adik kecil.
Akhi sekalian.

Umi kakak selalu pesan;


Berniaga ni sunnah nabi. Bila kita ikut segala apa yang nabi buat dalam perniagaan insya-Allah boleh berjaya.


Bukan apa.
Cuma ingin bagi ingatan.
Benar.
Kita berniaga ingin dapat keuntungan tapi janganlah sampai keterlaluan.

Businessman, businesswoman sekalian.
Janganlah lokek nak bagi sedekah dekat pelanggan anda walaupun hanya secebis.
Mana tahu kan?
Dari secebis itulah perniagaan kita itu mendapat keberkatan.
Dari secebis itulah pelanggan kita gembira dan dia mendoakan agar perniagaan kita lebih maju.
Pernah tak tengok muka pelanggan bila dia gembira dapat sesuatu yang diluar jangkaan-sedekah?

Kadang tu sedih je beli makanan dah sampai rumah je dah masam.
Dah tak boleh makan.
Kadang tu beli makanan ciput je tak standing dengan harga.
Dah balik tu peniaga kena kutuk sebab pelangan tak puas hati.

Berniaga ni sunnah nabi.
Ikutlah segala sunnahnya dalam perniagaan.
Insya-Allah perniagaan akan maju kalau betul dengan caranya.

Ini kadang-kadang curi timbangan.
Apa nak jawab bila dah ke sana nanti kalau kena soal?
Dekat dunia ni boleh la mencekik duit orang lain.
Dan orang boleh lagi senyum dan senyap.
Di sana nanti, boleh?

Buat pelanggan.
Sabarlah menunggu giliran.
Janganlah menengkik peniaga apabila dia tersalah dengar.
Dia juga manusia biasa seperti anda.
Fikirlah sebelum mara.
Apa perasaan anda apabila ada orang marahkan anda?

---

Baiklah. Sebenarnya kakak mahu promote perniagaan ayah dan umi kakak.

Jika yang membaca ini duduk di area Kuala Lumpur, bolehlah singgah ke Bandar Tasik Selatan berdekatan dengan Kem Sungai Besi berhadapan dengan taman permainan. Ayah kakak juah kuih pau kukus, putu piring dan rojak buah. Insya-Allah sedap. Semuanya fresh dan kami buat sendiri.

Kami ada membuat 11 jenis inti pau. Antaranya- Kacang merah, kaya, kelapa, ayam kari, kari daging, ayam blackpepper, sardin, ikan bilis, kaya pandan, blueberry, dan coklat.

Kepada yang nak order untuk majlis perkahwinan, tunang, kiosk mahupun apa-apa saja event, kami sedia menerima tempahan. – Boleh hubungi 012-3543496/ 03-92825504 Insya-Allah ada diskaun kalau beli dalam bentuk yang banyak.


Kami dalam perancangan nak buat tempahan secara online.  Jika dapat sambutan, insya-Allah kami akan buat. 

Boleh juga ikuti perkembangan atau sebarang pertanyaan di page Din Pau Corner atau nombor yang tertera.






Insya-Allah jumpa di lain post. 

Jaga diri ^^

pencinta awan
09 safar 1435 

Cerita pasal hati





Sayang kecilku.
Usahlah bersayang-sayang waktu ni.
Kita masih muda.
Usah menagih cinta ajnabi.


Kamu tahu.
Kakak ada kenal seorang kakak ini.
Ditanya seorang adik kepada kakak ini.
Namanya kakak Nurul.
Waktu ini kami kenal di kem.
Kakak ini fasi kami.

"Kakak couple?"

"Tidak." *Senyum*

Sambungnya,
"Adik suka tak barang yang orang lain udah guna, dan adik pakai balik? Kalau kakak, kakak tidak suka. Samalah seperti hal ini. Kakak tidak mahu kakak couple, takut nanti kakak akan dapat seorang yang telah "dipakai" oleh orang lain."

*Senyap*

"Lagipun, dalam usia macam adik-adik ni lebih elok jangan fikirkan pasal cintan cintun ni."



Bukan itu sahaja sayang,
Cikgu kakak juga kata;

"Lelaki yang dalam usia macam ni, dia masih dalam tadika lagi. Tak matang. Tengoklah tu, main sana main sini." *geleng kepala*


Sayang kecilku.
Kita dalam dunia realiti.
Bukannya dunia novel.
Apa yang kita mau.
Apa yang kita suka.
Sekelip boleh dapat.
Bukan.

Sayang.
Boleh suka.
Islam tidak haramkannya.
Tapi nasihat kakak, 
sederhanalah itu lebih baik.

Bukan apa.
Bila suatu hari nanti kamu dapat tau dia bukan untukmu.
Hati kamu tidaklah sakit sangat.
Pada saat itu mengikhlaskan yang perlu.
Walau hati berteriak kata tidak mau.
Kakak tidak mahu kamu sakit kerana seorang ajnabi.
Itu sia-sia.

Jangan risau deh.
Kerana kakak anggap.
Hal ini macam magnet.
Kalau hati kamu dengan dia udah Allah tetapkan.
Pasti punya akan attract.
Bila-bila masa saja.
Tapi.
Jika sebaliknya, repel.
Terimalah.
Mungkin kamu akan terima yang lebih baik. 

Jika suka.
Tembak dengan du'a.
Itu bukankah lebih bermakna?
Saat kita sering menyapanya dalam du'a.
Malaikat juga turut mendu'akanmu sayang.
Du'a akan kekal.


"Tapi, makin paksa jangan ingat selalu. Makin ingat. Benar kan, kakak?"

"Nah, itu poinnya. Besederhana! Takde lah rapuh sangat :') "


Rencana Tuhan itu indah sayang. Kan?

*senyum*


Bermain sama hati.
Maka perlu belajar juga bermain juga sama efeknya.
Oh.
Hari ini bicara soal hati.
Ini kejutan kecil.
Heh.
Hati-hati menjaga hati.
Itu pesanan penaja.

Untuk kamu yang membaca.
Jaga diri.
Selamat menempuh hari.

Maaf atas salah tutur kata. Jumpa lagi insya-Allah. Tegurlah mana yang ada yang salah.
Wassalam.

Moga Allah titipkan kekuatan ke atas kita untuk menjaga rasa itu. Memang itu fitrah. Tapi takut hanya datangkan fitnah. 


-pencinta awan-
2 safar 1435