Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Indah tak terkata cantiknya






Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas keizinanNya untukku menaip tulisan ini dan untukmu untuk membaca tulisan ini.



Adik perempuan kecil perindu syurga.
Tutup auratmu sayang.
Okay jom buat checklist bila keluar.
Kaki okay? Dah tutup?
Tudung  okay dah labuh ke paras dada belum?
Tabarruj tak?
Baju longgar?



“Kenapa Allah suruh tutup aurat? Leceh la. Lagi macam kita ni perempuan. Kena tutup semua.”

“Sebab. Perempuan ni istimewa. Mahu angkatkan darjat wanita.”

“Habis, lelaki tak istimewa?”

“Ish, sibuk je nak menyampuk. Lelaki istimewa juga. Tapi perempuan lagi berdouble double istimewa.”




Ingat,
Bila Allah suruh hambaNya buat sesuatu.
Perkara tu takkan pernah sia-sia.


Takkan.



“Tapi bukan semua yang tutup aurat tu baik akhlaknya.”

“Mereka masih mencuba.  Kita solat kan sayang. Kita ada baca du'a dalam solat.“

"Du'a?"

"Ya. Waktu kita duduk antara dua sujud. Kita memang kadang-kadang tak perasan. Tapi kita selalu doa."

Rabbighfirli -Tuhan ampuni aku
warhamni -sayangi aku
wajburnii -tutuplah aib-aibku
warfa'nii -angkatlah darjatku
warzuqni -berilah aku rezeki
wahdinii -berilah aku petunjuk
wa'afinii -sihatkan aku
wa'fu'anni -maafkan aku




Teringat kata-kata sis Diana Amir semasa di forumnya.

“Kita ni kecil kecil lagi sudah tengok benda yang tak sepatutnya tengok. Cuba tengok surat khabar, television contohnya. Banyak perkara yang tak patut ditengok. Sehinggakan anak kecil dah besar, dia anggap apa yang dia tengok itu, betul padahal salah.”



Jadi,
Semua bermula pada kita.
Yang dah makan garam dulu dari adik kecil.
Eh, kita tukar ayat atas ni.
Yang dah dapat dosa dulu dari adik kecil.

Kita coba jadi contoh yang terbaik untuk mereka.

Masa dalam kelas.
Cikgu kakak kata jangan pakai baju ketat untuk elak badan kita apa benda entah. Lupa.
Topik posture badan yang betul..
And.
Kawan kakak cakap.


“Tengok relate dengan Islam.  Nak suruh kita tutup aurat lah tu.”



Bisa aja kalau mau bersetail bila menutup.
Janji memenuhi syariat.
Bisa aja takmahu pakai jubah.
Bisa aja takmahu pakai tudung labuh.
Bisa bisa bisa
Janji ikut apa yang Allah suka.


Tutup aurat.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi =  Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita di hadapan lelaki mahram = Aurat pusat hingga lutut.
Aurat wanita di hadapan wanita bukan Islam = Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita di hadapan kanak-kanak(yang tiada keinginan terhadap wanita) = Antara pusat hingga lutut.
Aurat wanita tua yang tiada tarikan di hadapan lelaki ajnabi = Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita dan wanita Islam= Antara pusat hingga lutut.

Tapi sayang.
Kakak sarankan ya.
Cuba pakai tudung labuh melepasi dada.
Allahu.
Rasanya indah!


Wallahu'alam bissawab. Wassalam.

Mohon ditegur mana yang salah. Ambe mohon maaf karena entri ambe kebanyakannya lebih terarah kepada mawar-mawar surga. Sesuai untuk ambe, yang perlukan peringatan sentiasa.

Salam pertemuan,
Cik Awan
30 Rabiul Akhir 1435