Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Buang jauh-jauh untuk dapat yang terbaik.

“Kelas kita sekarang dah famous weh.”

“Asal? Ada yang hot ke dalam kelas ni? Aku tengok suram je hari-hari hahaha”

“Kau tak tahu lagi ke? Kelas kita hot sangat pasal budak budak kelas ni meniru lah.”

“Ouh yang tu. Entoh le bila mereka ni nak berubah. Segan juga kadang-kadang. Duduk kelas top 5 tapi meniru. Bukan famous disebabkan kepandaian yang sedia ada tapi kepandaian meniru.”

“Itulah yang aku  malu tu. Kau kan rapat dengan diorang, bagilah sikit nasihat kea pa.”

“Aku dah buat dah. Dah kasi free free ceramah. Tapi diorang dengan hal diorang. Haish, sabo je lah.”

“Bukan apa, kita ni dah nak periksa besar, kalau perangai tak ubah ubah macam mana nak periksa nanti? Takkan waktu tu nak tiru kot. Kalau kena tangkap dengan pengawas peperiksaan macam mana?”

“Hm. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Cikgu pun dah bagi warning dah. Siapa yang meniru, apa yang cikgu ajar tak berkat. Tapi. Hm. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”

“Tapi kan weh, tak adil lah. Kita tak meniru, tapi kita pun kena tempias. Kita struggle bak nak gila, result tetap tak meningkat. Diorang tiru, takde fail satu apa pun. Huh.”

“Sabarlah. InsyaAllah ada ganjaran. Tak di sini ganjaran ada di sana kelak. Kita melawan nafsu daripada nak meniru. Kita memang lah tiru kawan sebelah cikgu tak Nampak, tapi malaikat kiri kanan kita ni Nampak. Tak malu kalau kita meniru tapi mereka Nampak. Jangan lupa, ada yang Maha Memerhati.”

“Lagi, satu aku nak tambah ni. Kita nak cari berkat kan. Kalau kita dapat warna terbang aka flying colour pun, kita menipu parent kita fengan keputusan tu. Tipu diri sendiri, tipu semua. Kau pernah meniru tak? Hahahaha special question for you my dear.”

“Erk erk pernah juga lah waktu jahil dulu selalu tiru, sekarang Alhamdulillah dah kurang dan tak nak meniru lagi. Kejujuran itu penting. Mungkin aku dah meningkat ke tahap matang kut. Hahahaha”

“Matang sangat aku nampak tu. Eh jom pergi library sementara menunggu nak ke latihan rumah sukan.”

“Okay, jom.”


-----------------------

Menipu = Dosa

Markah exam hasil menipu = Tak berkat

Berkat Allah hadir bila ibu bapa berkat kat kita.

Dah tuuuu. Kita menipu dalam exam, bawa keputusan balik rumah tunjuk kat ibu ayah dengan bangganya. Macam mana nak berkat :/ Dah lah tipu dalam exam. Lepas tu tipu ibu ayah.

Berkat macam mana nak dapat?



------------------------


Bittaufik wannajah fil imtihan  pada yang akan menduduki ekzem. Study molek molek dapat keputusan yang setimpal dengan usaha. InsyaAllah jika itu yang Allah dah tetapkan takkan pergi ke mana pun. Usaha. Doa. Tawakal. Hati lepas tu, fuhhhh tenang. Masih boleh tersenyum even dapat benda yang bukan kita harapkan.


Semua sudah tertulis di Luh Mahfuz. Jangan pernah takut. Berdoa berdoa berdoa ya.



----------------



“Rindu tapi tak doakan akak.”
“Doa mestilah rahsia.” – Haura Maqsurah

Doa yang tidak diketahui itu banyak ganjarannya. Para malaikat juga turut mendoakan untukmu. Doakan yang baik baik. InsyaAllah dapat yang baik baik.

What you give, you get back. Allah Maha Adil.


-------------------



Doakan saya :3


Syuhada,
05 Sya'aban 1435

*Ramadhan ^_^ *